CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 7, 2009

Menghargai yang lewat.....Wajar ke?

Melalui minggu-minggu yang dipanggil ”study week”, best rasanya..”boss” pulak konsider xnak adakan any meeting..Cuma any keje emailkan jer..sgt memahami..thanks boss...biasala..pada waktu ni, xde dah assignment2 yang banyak perlu dihadap sama ada yag individu atau berkumpulan…hurm..tenang rasanya.waktu ni perlu dimanfaatkan sebaiknya. untuk diselak2 kembali nota2 kuliah mahupun toturial, segala catatan nota sepanjang perkuliah ditatap satu-persatu dengan teliti, supaya tip2 yang diberi oleh lecturer dimanfaatkan sebaiknya...nak score A solid katakan...
Apapun, mggu study week yang lalu, biasala..bila kepala dah rasa berat dan tepu..mula la nak cari bahan2 bacaan lain, yang boleh menaikkan kembali motivasi diri dan menenangkan keadaan waktu tu..tak kira explore blog ker atau search artikel2 kegemaran..hehe
Macambiasa, waktu study week, tak sempat kiranya nak keluar, cari2 buku ker..so koleksi2 buku motivasi dari motivator terkenal, Dato’ Fadzilah Kamsah diselongkar kembali, bagi aku tak jemu akau membaca buku2 motivasi ni kalau nk ulang berapa kali pun..hehhe..ye la...motivasi ni kalau tak dibajai selalu, hilang nanti motivasi diri nanti...bukan senang nak bentuk balik...
Ok la, berbalik pada buku tadi, hati tertarik nak bac buku, karya motivator ni yang bertajuk..”55 PetuaOrang Berjaya”. Satu2 persatu helaian diselak kembali..sekejap jer dah sampai separuh buku..hehe..sedar xsedar...sampai kat satu artikel ni, mengenai pengurusan masa...apa yang boleh dikongsi, isinya mengenai petua Profesor Kamal, seorang yang sangat sensatif dengan masa.dalam kisah tu dia membawa satu situasi yang saya kira sangat berkait dengan kehidupan terutmanya kerja2 berkumpulan..ataupun meeting2 dalam organisasi yang kita join...biasala..isu datang lambat waktu meeting! Kadang2 bengang rasanya, kita berkejar2, nak punctual datng meeting, tiba2 dah datang..terpaksa tggu orang yang lambat...sabar jer la..
Menurut kata profesor kamal, melewatkan mesyuarat hanya semata-mata menunggu mereka yang lewat umpama memberi kemenangan dan ganjaran kepada mereka dalam masa yang sama menghukum mereka yang datang awal. Jika dilakukan, orang yang datang awal akan rasa kesal dan tidak akan datang awal lagi, seolah2 kita memberi satu penghargaan kepada yang lambat dan menghukum yang datang awal...xadil kan?..
Apa yang profesor ni buat, dia tetap akan mulakan meeting ikut waktu yang dah ditetapkan walaupun ada dua orang jer dan dia takkan ulang, jadi yang datang lambat tu terpaksa la tanya dengan yang datang awal..untuk tahu isi mesyuarat...sudahnya, lama2 dia akan buat perubahan sendiri untuk datang awal meeting...kn cuba ni..
Lagipun supaya hilang statement ”janji melayu”, kerana sesetengah melayu yang lambat dan tak tepati masa , semua melayu dicop denagan statement tu..huhu...berubahla...
Bila kita tegur, mula la...tapi dah memang betul diri tu lambat...sedarla...
Buat la anjakan pada diri...jom! be punctual!!

Wednesday, April 22, 2009

Penantian...

Dikelilingi orang yang disayangi, sangat bahagia rasanya.,sepertinya rasa mahu saja tiap-tiap detik bersama orang-orang yang menyayangi kita, yang banyak memberi dorongan , sokongan, membuat kita tersenyum..bak kata lain..orang-orang yang menjadi inspirasi hati la..ketawa dan menangis bersama kita.
Terasa ada satu kekuatan bila bersama mereka..terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk sentiasa memastikan kita mendapat yang terbaik..dan ianya mengembirakan kita..
Juga menenagkan kita bila jiwa muda ini terlalu beremosi menangani situasi..argh..jangan biarkan masalah menguasai diri. Sebaliknya mlihat masalha sebagai peluang membaiki diri...cukup cantik, kata yang singkat, tapi terkandung makna mendalam yang perlu difahami dan diteliti dan direnung serta dihayati untuk kita muhasabah diri..
Pabila detik-detik sukar terpaksa kita hadapi, mereka menjadi insan yang sangat setia bersama kita, menjadi pendengar yang baik buat kita, melemparka segala kekusutan dan kegusaran dijiwa...kadaag-kadang hingga sanggup membiarkan dan melupakan masalahnya seketika dan memberi tumpuan pada kita..
Bila menyedarinya, terasa sangat bertuah diri, dipertemukan dan dikurniakan insan2 seperti ini..tak mungkin aku lupakan .Ya Allah, aku mensyukuri apa kau berikan ini..
Manamungkin tanpa keizinan da percaturan Maha Hebatmu ini aku merasai semua ini..
Membayangkan segala pengorbanan itu, tidak sanggup rasanya melukai hati mereka, namun kadang2 tanpa kita sedari..terkadang kita terlepas pandang, tanpa kta sedari..kita ada melukai hati mereka..hargai dan syukurilah nikmat kebahagiaan itu..
Namun, kita perlu belajar menerima satu hakikat, bahawa pada satu hari nanti, orang-orang yg kita sayang, pasti pergi meninggalka kita, samaada meninggalkan kita untuk selama-lamanya atau meninggalkan kita bila saat dia membina mahligai kebahagian kehidupannya, saat itu, kita harus redha dan merelakan pemergiannya...
Kita harus menerima, mereka juga berhak ada kehidupan sendiri,,bukan meninggalkan kita selama-lamanya..Cuma perlu berkongsi kasih sayang tu..aduh,,sedeynya..
Tapi, kalau kita ikhlas menyayangi mereka...kita kena mendoakan kebahagiaan mereka....
Mungkin itu yang terbaik buat keduanya..Percayalah Allah itu lebih mengetahiu apa yang terbaik untuk kita, dan pasti tentukan yang terbaik untuk hamba2Nya..
Yang akan kita ketahui hikmahnya pada suatu masa..Apa yang ingin dikongsikan di sini, setiap apa yang Allah aturkan pada kita, mesti ada hikmah yang teramat besar buat kita. Rahmat disebalik ujian itu, mungkin lambat, mungkin cepat dapat kita rasai. Aturan Allah itu sungguh indah.
Apapun. Kita harus mendoakan segala yang terbaik buat mereka..kata orang ”sharing is loving”..:-).
Kudoakan insan-insan ini diberikan yang terbaik untuk segalanya..terima kasih atas segalanya.
Saat ini, diri ini menghitung hari menantikan saat kebahagian yang pantas mereka kecapi..ingin menyaksikan sendiri mereka tersenyum bahagia di atas pelamin kebahagiaan itu, semoga Tuhan mengizinkan. dan dipermudahkan segala urusan.
Inspirasi hati..

Saturday, April 4, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Sunday, March 29, 2009

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ha, ni yang seterusnya..satu artikel yang boleh dikongsi bersama..
Renung2kan la..

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Renung2 kan la kawan2...
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Tuesday, March 24, 2009

melihat hikmah di sebalik setiap ketentuanNYA

Stress, tension, berserabut...xterurus rasanya hidup, tatkala hati merasakan perasaan sebegini..
buat apa pun xjadi..semuanya serba tak kena..itu salah, ini salah...konklusinya..samuanya salah pada pandangan mata...ikutkan hati...ikutkan emosi..
tapi, cuba disaat begini, kembali merenung diri...muhasabah diri..
tenung dalam-dalam..lihat dengan mata hati..mencari implikasi di sebalik setiap tindakan diri...
bawa untung, atau bawa rugi, pada diri...
untk tenangkan diri, tenangkan hati..bagi ruang pada diri...
cari hikmah disebalik ketentuan Ilahi...pasti ada hikmah tersembunyi...
yang perlu kita selongkari.....jgn kejam pada diri..