CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 22, 2009

Penantian...

Dikelilingi orang yang disayangi, sangat bahagia rasanya.,sepertinya rasa mahu saja tiap-tiap detik bersama orang-orang yang menyayangi kita, yang banyak memberi dorongan , sokongan, membuat kita tersenyum..bak kata lain..orang-orang yang menjadi inspirasi hati la..ketawa dan menangis bersama kita.
Terasa ada satu kekuatan bila bersama mereka..terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk sentiasa memastikan kita mendapat yang terbaik..dan ianya mengembirakan kita..
Juga menenagkan kita bila jiwa muda ini terlalu beremosi menangani situasi..argh..jangan biarkan masalah menguasai diri. Sebaliknya mlihat masalha sebagai peluang membaiki diri...cukup cantik, kata yang singkat, tapi terkandung makna mendalam yang perlu difahami dan diteliti dan direnung serta dihayati untuk kita muhasabah diri..
Pabila detik-detik sukar terpaksa kita hadapi, mereka menjadi insan yang sangat setia bersama kita, menjadi pendengar yang baik buat kita, melemparka segala kekusutan dan kegusaran dijiwa...kadaag-kadang hingga sanggup membiarkan dan melupakan masalahnya seketika dan memberi tumpuan pada kita..
Bila menyedarinya, terasa sangat bertuah diri, dipertemukan dan dikurniakan insan2 seperti ini..tak mungkin aku lupakan .Ya Allah, aku mensyukuri apa kau berikan ini..
Manamungkin tanpa keizinan da percaturan Maha Hebatmu ini aku merasai semua ini..
Membayangkan segala pengorbanan itu, tidak sanggup rasanya melukai hati mereka, namun kadang2 tanpa kita sedari..terkadang kita terlepas pandang, tanpa kta sedari..kita ada melukai hati mereka..hargai dan syukurilah nikmat kebahagiaan itu..
Namun, kita perlu belajar menerima satu hakikat, bahawa pada satu hari nanti, orang-orang yg kita sayang, pasti pergi meninggalka kita, samaada meninggalkan kita untuk selama-lamanya atau meninggalkan kita bila saat dia membina mahligai kebahagian kehidupannya, saat itu, kita harus redha dan merelakan pemergiannya...
Kita harus menerima, mereka juga berhak ada kehidupan sendiri,,bukan meninggalkan kita selama-lamanya..Cuma perlu berkongsi kasih sayang tu..aduh,,sedeynya..
Tapi, kalau kita ikhlas menyayangi mereka...kita kena mendoakan kebahagiaan mereka....
Mungkin itu yang terbaik buat keduanya..Percayalah Allah itu lebih mengetahiu apa yang terbaik untuk kita, dan pasti tentukan yang terbaik untuk hamba2Nya..
Yang akan kita ketahui hikmahnya pada suatu masa..Apa yang ingin dikongsikan di sini, setiap apa yang Allah aturkan pada kita, mesti ada hikmah yang teramat besar buat kita. Rahmat disebalik ujian itu, mungkin lambat, mungkin cepat dapat kita rasai. Aturan Allah itu sungguh indah.
Apapun. Kita harus mendoakan segala yang terbaik buat mereka..kata orang ”sharing is loving”..:-).
Kudoakan insan-insan ini diberikan yang terbaik untuk segalanya..terima kasih atas segalanya.
Saat ini, diri ini menghitung hari menantikan saat kebahagian yang pantas mereka kecapi..ingin menyaksikan sendiri mereka tersenyum bahagia di atas pelamin kebahagiaan itu, semoga Tuhan mengizinkan. dan dipermudahkan segala urusan.
Inspirasi hati..

Saturday, April 4, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.